Tukar Ke Bahasa Ingggeris

Tukar Tulisan Meraah Tukar Tulisan Hitam Tukar Tulisan Kelabu   Tukar Latarbelakang Biru Tukar Latarbelakang Kebiruan

Yang Di-Pertua Negeri Melaka Kelima

TYT TUN DATUK SERI UTAMA SYED AHMAD

AL HAJ BIN SYED MAHMUD SHAHABUDIN

(4 Disember 1984 – 3 Jun 2004)

Latar Belakang

Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al Haj bin Syed Mahmud Shahabudin yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang kelima mengantikan Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan yang telah menamatkan perkhidmatannya pada tahun 1984. Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj, dilahirkan pada 14 Mei 1925 di Kulim, Kedah. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 4 lelaki dan seorang perempuan.Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Kulim dari tahun 1932 hingga 1935 dimana beliau menamatkan pelajarannya semasa di Darjah 4. Bersama dengan adik-beradiknya beliau mendapat pendidikan rohani dengan menghadiri kelas agama dan mengaji Al-Quran sehingga mahir.

Pada usia 25 tahun, beliau telah menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1950 dengan Toh Puan Shariffah Haniffah binti Syed Alwi. Dari perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 6 orang cahaya mata. Selama 43 tahun beliau berkongsi hidup dengan Toh Puan sehingga Toh Puan meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 7 Julai 1991.

Setelah memegang jawatan Yang-diPertua Negeri Melaka, beliau tidak alpa tentang tuntutan masyarakat yang memerlukan perhatian dan sokongan daripada kerajaan. Beliau telah mengadakan lawatan kerja atau peribadi bersama rakyat bagi melihat sendiri kehidupan mereka yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Persatuan Jaksa Pendamai Malaysia, Pengerusi Persatuan Jaksa Pendamai Negeri Kedah, Pengerusi St.John Ambulan Negeri Kedah dan Presiden Jemaah Dato-Dato Kedah Darul Aman, Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah dan Pengerusi Pengakap Negeri Melaka.

Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang kelima pada 4 Disember 1984 sehingga 3 Jun 2004. Sepanjang 20 tahun ,menjawat jawatan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, seramai empat orang Ketua Menteri telah berkhidmat di bawah pentadbirannya iaitu Tan Sri Rahim bin Datuk Tamby Chik (26 April 1982-13 Oktober 1994), Datuk Seri Hj. Mohd Zin bin Hj. Abd Ghani (14 Oktober 1994-14 Mei 1997), Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin (24 Mei 1997-1 Disember 1999) dan Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam (3 Disember 1999 sehingga 3 Jun 2004)

Bagi mengenang jasa serta sumbang bakti beliau kepada negara dan tanah air, Tun Syed Ahmad dikurniakan pelbagai darjah kebesaran, sama ada daripada Kerajaan Persekutuan mahupun daripada Negeri-negeri. Antaranya ialah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N), Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M), Panglima Setia Mahkota (P.S.M), Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M), Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S), Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M.K), Seri Setia Darjah Kedah (S.S.D.K), Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P), Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K), Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K), Johan Mangku Negara (J.M.N), Persekutuan dan Jaksa Pendamai (J.P) Kedah.

Setelah tamat pengajiannya di kolej pada tahun 1947, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Perbendaharaan Alor Setar pada tahun 1948-1955. Beliau pernah menjadi Penolong Setiausaha UMNO, Kedah selama 4 tahun bermula 1951 hingga 1954, kemudian beliau telah menjadi Setiausaha UMNO Kedah selama 14 tahun. Beliau telah dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO untuk Barisan Nasional Kedah. Pada tahun 1968, beliau telah menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan beliau telah menjadi Pemangku Pengerusi untuk Jawatankuasa Perhubungan UMNO untuk Barisan Nasional Kedah selama 7 tahun bermula pada tahun 1978 hingga 1984.

Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 14 Disember 1967 sehingga 1978

Selama 11 tahun menyandang jawatan ini, Tun Syed Ahmad telah membuktikan ketokohannya sebagai seorang pemimpin apabila membawa pelbagai kemajuan dalam pelbagai sektor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Negeri Kedah supaya lebih baik dan maju

Berdasarkan kepimpinan serta kelayakannya, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 1978 sehingga September 1982. Dalam masa yang sama beliau juga menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Singapura dan selepas itu dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.

 

 Hakcipta Terpelihara © 2012-2013 Pejabat TYT Yang Dipertua Negeri Melaka.

    Dasar Keselamatan & Privasi  |  Peta Laman | Log MasukBantuan W3C

Laman Utama YANG DI-PERTUA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA V