
DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
13 Jun 2024
6 Zulhijjah 1445H
Merafak sembah takzim setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di atas kesudian mencemar duli ke Melaka sempena Lawatan Rasmi Seri Paduka Baginda ke Negeri Melaka.
Keberangkatan tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di MITC, Ayer Keroh telah disambut oleh TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama barisan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
KDYMM Seri Paduka Baginda turut berkenan melihat persiapan bagi Pameran Kenderaan Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor.