7 Ogos 2024
2 Safar 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Program Perkaderan Syabab MABIMS Tahun 1446H/2024M yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri dan YBrs. Dr Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
MABIMS ditubuhkan bagi mewujudkan dan mengukuhkan semangat persaudaraan yang sedia ada di kalangan umat islam di asia tenggara. Antara negara yang turut serta dalam program ini Malaysia, Indonesia, Berunai dan Singapore.
Antara objektifnya ialah bagi memperkasa keutuhan jati diri belia Islam untuk menjadi generasi yang kalis masa hadapan, menerapkan kefahaman peri pentingnya belia minda kelas pertama dan gaya kepimpinan Islam ke arah tranfomasi diri, melahirkan pemimpin muda yang mempunyai qudwah hasanah bercirikan al-Qawiyul amin serta membina jaringan kerjasama dan hubungan diplomatik dengan negara-negara anggota MABIMS.
Program yang berlangsung sembilan hari bermula 6 hingga 14 Ogos disertai 40 peserta berpeluang untuk menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan membina jaringan kukuh dengan rakan-rakan dari negara anggota MABIMS serta bakal mencapai objektif dan memberi impak mendalam kepada pembangunan belia Islam di rantau ini.