8 Disember 2024
6 Jamaldilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Sepak Takraw Tun Ali Cup 2024 Edisi Ketiga yang berlangsung di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Klmunikasi Digital; YBhg. Datuk Sumali Reduan, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM); YBhg. Datuk Akramuddin Ab Aziz, Yang di-Pertua Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) dan YBhg. Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Timbalan Presiden PSM.
Tahniah Pasukan Kuala Lumpur muncul juara regu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2024 selepas menundukkan Pasukan Perak 2-0. Manakala tempat ketiga bersama milik Pasukan Negeri Sembilan dan Pasukan Johor.
Pasukan Kedah pula muncul juara beregu lelaki selepas menewaskan Pasukan Perak 2-0 sementara Pasukan Pahang serta Pasukan Pulau Pinang masing-masing di tempat ketiga.
Dalam kategori regu wanita pula, tahniah diucapkan kepada Pasukan Kuala Lumpur yang telah muncul juara selepas mengatasi Pasukan Perak 2-1 sementara tempat ketiga milik Pasukan Kelantan dan Pasukan Selangor.
Kejohanan edisi ketiga ini telah disertai 18 pasukan dalam acara regu dan beregu lelaki serta buat pertama kali memperkenalkan kategori regu wanita yang disertai sembilan pasukan.