14 Disember 2024
12 Jamadilakhir 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Malam Gemilang Alumni Dan Industri Universiti Sains Malaysia Tahun 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 hasil inisiatil sekumpulan bekas pelajar USM. Penubuhannya bermula dengan pembentukan Jawatankuasa Protem yang diketuai oleh Profesor Madya Itam Sulcoinan, seorang pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat bersama beberapa staf akademik dan pentadbiran USM.
Sehingga kini USM telah melahirkan seramai 210,410 alumni dari 80 buah negara.
Menggabungkan malam alumni dengan industri adalah satu idea yang sangat baik untuk mengukuhkan hubungan antara alumni dan dunia profesional. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada alumni, tetapi juga kepada universiti dan industri yang terlibat.
Majlis ini juga dapat menjadi platform untuk para alumni serta profesional berkumpul, bertemu serta berkongsi pengalaman dan pencapaian yang telah diraih secara bersama. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada universiti untuk menghargai sumbangan alumni dan industri dalam pelbagai bidang.
Turut berlangsung penyampaian Anugerah Alumni Perdana dan Anugerah Alumni Muda Harapan yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Hadir sama YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) dan YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Naib Canselor USM; YBrs. Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM dan YBrs. Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Persatuan Alumni USM.