3 Januari 2025
3 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan menziarahi kenalan-kenalan lama yang uzur iaitu YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan Tn. Haji. Md Diah di kediaman masing-masing di Ayer Molek, Melaka.
TYT Tun Seri Setia mendoakan semoga mereka semua dikurniakan kesembuhan dan sihat wal’afiat serta mendapat rahmat Allah SWT.