TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Tawil, Mufti Negeri Melaka di Masjid As-Solihin, Permatang Pasir, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Melaka.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi keluarga mangsa kebakaran yang telah meragut dua nyawa iaitu Allahyarham Allahudin Abdul Hamid, 51 tahun dan anaknya Muhamad Badrol, 5 tahun di Kampung Cherana Puteh, Alor Gajah, Melaka.
Turut hadir YB Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Adun Kawasan Taboh Naning. TYT Tun Seri Setia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan berdoa semoga kedua-dua mangsa ditempatkan dalam kalangan para solihin.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha Tahun 1443H/2022M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan juga berkesempatan melihat acara korban berkelompok yang diadakan di dataran Masjid Al-Azim serta mengagihkan bungkusan daging kepada tetamu-tetamu.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Majlis Solat Maghrib, Takbir Hari Raya Aidiladha 1443H & Solat Isyak di Surau Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Pulai, Merlimau, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir ke Majlis Pelancaran Rangkaian Produk Penyelidikan dan Inovasi UTeM di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Antara produk yang dilancarkan ialah C2L : Cone, Collect and Laying, E Beca dan UTeM Panic Button untuk kegunaan pelajar serta kakitangan UTeM. TYT Tun Seri Setia juga berkesempatan melawat ke Asrama Satria UTeM.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia menyertai Program Ramah Mesra Canselor UTeM bersama Naib Canselor-Naib Canselor Universiti di Melaka.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat dari YBhg. Dato’ Liakatali bin Abu Bakar, Pengarah Urusan Hamidahku Industry Sdn. Bhd.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Mr. Selvadurai Hallman dari Hutchison Consulting Malaysia Sdn. Bhd., turut hadir sama YBhg. Datuk Zool Hilmi bin Abdul Ghaffar.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dr. Mohad Anizu bin Mohd Nor, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).