Acara penyampaian pingat kepada Pasukan Kata wanita Malaysia di Sukan Asia Hangzhou
Monday, 16 October 2023
6 Oktober 2023
20 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan acara penyampaian pingat kepada Pasukan Kata wanita Malaysia terdiri daripada Lovelly Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie Yampil merangkul pingat perak pada hari kedua pertandingan karate di Sukan Asia Hangzhou.
Trio negara memperoleh 39.0 mata di belakang pasukan Vietnam yang memenangi pingat emas dengan paparan mata akhir 42.7 mata.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Pertandingan Karate di Linping Sport Centre Gymnasium, Hangzhou
Monday, 16 October 2023
5 Oktober 2023
19 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan pertandingan Karate acara Kumite Lelaki – 75kg, Kumite Perempuan – 68kg dan Kata Individu di Linping Sport Centre Gymnasium, Hangzhou sempena Sukan Asia Hangzhou 2022.
Atlet negara Lovelly Anne Robberth merangkul pingat perak dalam acara Kata individu wanita sekaligus membantu melengkapkan sasaran 27 pingat bagi kontigen Malaysia di Sukan Asia kali ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM 2023)
Tuesday, 03 October 2023
1 Oktober 2023
15 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM 2023) di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB. Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan; barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Acara dimulakan dengan terjunan payung terjun oleh 10 orang daripada pelbagai badan beruniform yang membawa plak untuk disampaikan kepada TYT Tun Seri Setia sebagai gimik perasmian karnival.
Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober ini telah menarik sekurang-kurangnya 45,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjurannya.
Sebanyak 41 helikopter dan pesawat dengan pelbagai saiz telah mengambil bahagian dalam KUAM 2023 dengan tujuh daripadanya adalah daripada badan beruniform, 27 pesawat kecil dari kelab penerbangan, sementara enam paramotor dan satu microlight turut menyertai acara ini.
Turut berlangsung aksi pesawat aerobatik pertama Malaysia, GB1 Gamebird yang dikendalikan oleh Kapten John Sham, bekas juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM).
Untuk makluman, pesawat aerobatik GB1 ini merupakan pesawat pertama seumpamanya yang didaftarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan dan pengiktirafan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Yaqin, Merlimau
Tuesday, 03 October 2023
29 September 2023
13 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Yaqin, Merlimau, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Ketibaan Perlumbaan Basikal Le Tour De Langkawi (LTDL) 2023, Peringkat ke-6 (dari Karak – Melaka)
Tuesday, 03 October 2023
28 September 2023
12 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan ketibaan Perlumbaan Basikal Le Tour De Langkawi (LTDL) 2023, Peringkat ke-6 (dari Karak – Melaka) di Dataran Pahlawan, Melaka.
Hadir sama YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri dan YB Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Seramai 117 pelumba basikal terlibat dalam peringkat ini yang melibatkan jarak sejauh 174.5km.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan hadiah kepada pemenang keseluruhan peringkat ke-6 iaitu Simon Carr dari kumpulan EF EDUCATION – EASYPOST (USA) sekaligus memenangi jersi hijau Petronas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023
Tuesday, 03 October 2023
28 September 2023
12 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 yang diadakan di Stadium Tun Fatimah, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Dr. Muhamad Akmal Saleh, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri; YB. Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim Tawil, Mufti Melaka dan lain-lain kenamaan.
Perarakan bermula dari Stadium Tun Fatimah ke Dataran Pusat Islam Melaka itu membabitkan seramai 128 kontinjen terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan termasuk swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Perarakan turut disertai Japerun, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, masjid dan surau serta sekolah-sekolah.
Seramai 6,547 peserta terlibat pada perarakan sempena Maulidur Rasul 1445 Hijriah Peringkat Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N)
Wednesday, 27 September 2023
26 September 2023
10 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) kepada Anggota dan Pesara Polis Kontinjen Melaka di Balai Istiadat, Seri Negeri, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YDH CP Dato’ Sri Azmi bin Abu Kassim Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman; YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol bin Haji Samah, Ketua Polis Melaka dan YDH SAC Md Nazri bin Zawawi, Timbalan Ketua Polis Melaka.
Seramai 165 penerima pingat terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis yang masih berkhidmat dan telah bersara.
Pingat Ini Dianugerahkan kepada Petugas – Petugas Polis Dan Polis Diraja Malaysia bagi menghargai Jasa Kepahlawanan, Pengorbanan Dan Kebaktian kepada Negara Semasa Era Darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu Bagi Tempoh 12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960 dan Era Insurgensi Komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Malaysia, juga bagi Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai Perkhidmatan semasa Darurat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Konvensyen DMDI Ke-21
Wednesday, 27 September 2023
23 September 2023
7 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hadir ke Majlis Perasmian Konvensyen DMDI Ke-21 di Phnom Penh, Kemboja.
Majlis Perasmian ini telah di sempurnakan oleh HE Neth Savoeun, Timbalan Perdana Menteri Kemboja.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Kepimpinan Anak Muda Peringkat Negeri Melaka
Tuesday, 19 September 2023
18 September 2023
2 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Program Kepimpinan Anak Muda Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dewan Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka.
Turut hadir YB. Zahari Abd Kalil, Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal; YBhg. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN; YBhg. Dato’ Husaini Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Universiti Teknikal Malaysia Melaka; YDH DCP Datuk Wira Haji Zainol Haji Samah, Ketua Polis Melaka; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN dan Tuan Haji Mohd Ghazali Ahmad, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka.
Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan UTeM telah menganjurkan Program Kepimpinan Anak Muda Negeri Melaka. Seramai 2,000 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar UTeM, pensyarah muda dan pelajar lepasan STPM dari seluruh negeri Melaka telah menyertai program pada hari ini.
Turut diadakan sesi pemberian bantuan awal pendidikan kepada lebih 600 orang pelajar yang layak. Majlis Perasmian Program Kepimpinan Anak Muda ini telah disempurnakan oleh Tun Seri Setia.
Program Kepimpinan Anak Muda (PIMPIN) merupakan program inisiatif PRIHATIN yang memfokuskan kepada penyampaian suntikan motivasi dan pengetahuan ke arah memberi pendedahan awal kepada anak muda bagi persediaan menempuh cabaran masa hadapan dalam kehidupan di selepas tamat belajar. Bantuan pendidikan juga telah diberikan kepada para pelajar yang layak untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mereka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
Friday, 15 September 2023
14 September 2023
28 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia diiiringi YB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusof, Ketua Menteri Melaka; YB.Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB. Datuk Rais bin Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YB. Ngwe Hee Sem, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri serta barisan Exco Kerajaan Negeri.
Acara tahunan yang dilaksanakan sejak 2021 menjadi platform menyemai dan meningkatkan kefahaman rakyat mengenai perkara terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan ketika memerdekakan Malaysia.
Pada tahun ini, seramai 3,041 orang peserta keseluruhan berbanding 1,229 tahun lepas manakala pada 2021 seramai 970 penyertaan.
Pertandingan yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia ini mempertaruhkan lima kategori iaitu kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Institusi Pengajian Tinggi, Awam dan Bukan Melayu.
Tahniah kepada Puan Siti Balqis binti Elias kerana berjaya membawa pulang Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan sekaligus dinobatkan Pemidato Terbaik dan Johan bagi kategori awam.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti