Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74
Wednesday, 30 August 2023
25 Ogos 2023
8 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Negeri Sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74 di Hotel Hatten, Melaka.
Turut hadir YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta penerima-penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka untuk sesi 2023.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Perasmian Masjid Al-Muttaqin, Tedong, Merlimau
Wednesday, 30 August 2023
25 Ogos 2023
8 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan majlis perasmian Masjid Al-Muttaqin, Tedong, Merlimau.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka kemudiannya menyampaikan Khutbah Jumaat sekaligus memimpin Solat Jumaat.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran
Wednesday, 30 August 2023
24 Ogos 2023
7 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Bacaan Yasin Dan Munajat Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74 TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Hari Pahlawan Dan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka.
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74
Wednesday, 30 August 2023
23 Ogos 2023
6 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-74 daripada Jabatan-Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri Melaka, Pihak-Pihak Hotel dan Persendirian di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan berkesempatan menerima dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Multaqa Al-Iqtisodi Masjid Kariah Negeri Melaka Tahun 2023
Wednesday, 30 August 2023
22 Ogos 2023
5 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program Multaqa Al-Iqtisodi Masjid Kariah Negeri Melaka Tahun 2023 di Auditorium Al-Azim, Masjid Negeri Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia diiringi YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; Encik Rusli bin Jaafar, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia; Encik Mohd Firdaus bin Shaari, Pengarah Negeri Cawangan Melaka dan Tuan Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Dalam program ini berlangsung sesi khas yang bertajuk Memperkasa Ekonomi Ummah melalui Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka bersama TYT Tun Seri Setia.
TYT Tun Seri Setia turut memberi pandangan agar setiap masjid di Negeri Melaka menubuhkan Koperasi Masjid agar dapat meningkatkan ekonomi setempat. Kemudiannya berlangsung acara penyerahan Sijil Pendaftaran Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyampaian Hadiah ‘Melaka International Marathon 2023’
Monday, 21 August 2023
20 Ogos 2023
3 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah ‘Melaka International Marathon 2023’ di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Tuan VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB. Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Encik Abdul Jalil Bin Abdul Karim Pengarah Acara Melaka International Marathon 2023.
Program ini telah berjaya menarik penyertaan peserta daripada 21 buah negara di seluruh dunia. Juara kategori terbuka lelaki 42km telah dimenangi oleh Muthoni Bernard Mwendia dari Kenya dengan catatan masa 02:34:11 manakala kategori terbuka wanita 42km dimenangi oleh Ann Njihia dari Kenya dengan catatan masa 03:16:31.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Program Jogging Merdeka Melaka Madani 2023
Monday, 21 August 2023
20 Ogos 2023
3 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir serta menyertai Program Jogging Merdeka Melaka Madani 2023 bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 66 Anjuran Persatuan Jogging Negeri Melaka di Duyong, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Tuan Mohd Noor Helmy Bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Kormunikasi dan YBhg. Datuk Nazari Bin Adzim, Presiden Persatuan Jogging Negerl Melaka (PJNM).
Program ini anjuran Persatuan Jogging Negeri Melaka (PJNM) dgn kerjasama Japerun Duyong dan pihak Sekolah Kebangsaan Seri Duyong.
Hampir 1000 peserta telah menyertai program ini, kesemua peserta perlu berjoging sejauh 3.5 kilometer melalui beberapa kawasan seperti Perkampungan Hang Tuah, Kandang, Taman Seri Duyong dan kembali di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Jamuan Makan Malam Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Malaysia
Monday, 21 August 2023
19 Ogos 2023
2 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Penasihat Seumur Hidup PESAKA hadir ke Majlis Jamuan Makan Malam Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Malaysia bersempena Persidangan Tahunan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Ke-20 Tahun 2022 di Grand Swiss-BelHotel, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Presiden PESAKA Malaysia serta ahli-ahli PESAKA.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Pelepasan Program Kembara Merdeka Seri Setia Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka
Monday, 21 August 2023
19 Ogos 2023
2 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Pelepasan Program Kembara Merdeka Seri Setia Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka di Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, barisan EXCO dan ADUN Negeri Melaka serta YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar MBMB.
Program ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah(MBMB), mewakili Kerajaan Negeri Melaka dan turut melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan(PBT), Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka mengetuai peserta konvoi seramai 447 orang yang akan menjelajah daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah sebelum tamat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka sejauh 259.7km.
Semoga program ini dapat menyemarakkan lagi semangat kita untuk menyambut Hari Kebangsaan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Bukit Lintang
Monday, 21 August 2023
18 Ogos 2023
1 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin, Bukit Lintang, Melaka.
Setelah selesai TYT Tun Seri Setia berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti