
26 April 2025
27 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah cawangan Shah Alam di Shah Alam, Selangor.
Manakala pada sebelah malam TYT Tun Seri Setia menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Duyong yang diadakan di Stadium Tun Fatimah, Semabok serta Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri merangkap ADUN Taboh Naning di Alor Gajah, Melaka.


