
6 Julai 2025
10 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Hari Asyura dan Menyantuni Anak-Anak Yatim Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H / 2025M yang diadakan di Masjid As-Salimin, Kandang, Melaka.
Majlis turut dihadiri YB. Dato’ Azhar Bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka; YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Melaka; YDH. SAC Ahmad Jefferi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka; Encik Shaifulfazlee bin Mohammad, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan menyantuni Anak-Anak Yatim dan penyampaian sumbangan oleh TYT Tun Seri Setia serta penyumbang-penyumbang lain.
Kemudian diteruskan dengan Solat Maghrib serta Tausiah bertajuk “Menyantun Kasih, Menyulam Sayang, Menjunjung Berkat” yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Muhammad bin Hashim Al Hafiz, Imam Besar Masjid Al-Azim dan diakhiri dengan Solat Isyak.


