ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Wednesday, 16 July 2025 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia

Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia
9 Julai 2025
13 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia yang diadakan di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, Melaka.
Dalam lawatan ini, TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan ucapan bagi memberi semangat kepada semua 135 atlet yang menyertai. Dalam ucapan tersebut TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta Program Akademi Karate Malaysia yang menyertai kerana telah membuktikan bahawa semangat untuk berjaya masih membara dalam diri generasi muda.
TYT Tun Seri Setia turut mengingatkan kejayaan tidak datang dari bakatsemata-mata, tetapi dari disiplin, semangat yang kental dan kepercayaan pada diri sendiri serta jangan sesekali gentar dengan cabaran, kerana setiap halangan yang dihadapi adalah batu loncatan untuk menjadi lebih kuat, lebih matang, dan lebih bersedia untuk menempah nama di persada antarabangsa.
Semasa ucapan penutup TYT Tun Seri Setia menyeru agar jadilah atlet yang bukan hanya kuat pukulannya, tetapi luhur akhlaknya, jadilah pejuang yang bukan hanya mengejar kemenangan, tetap juga menjaga maruah sukan dan negara serta berharap semoga Program Akademi Karate Malaysia ini menjadi batu asas kepada kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.
Lawatan ini turut dihadiri YBhg. Datuk Wira Haji Nur Azmi Ahmad, Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF); YBhg. Datuk M Paneerselvam, Naib Presiden 1 MAKAF; Encik Hanshi Shamsudin Sheikh Ali Sayabo, Naib Presiden 3 MAKAF merangkap Timbalan Presiden Akademi Persekutuan Karate Malaysia Negeri Sembilan; Mr. Renshi Wrickrama Suriya, Naib Presiden 5 MAKAF; Mr. Shihan Alexander Arlanthu, Exco dan Pengerusi Bakat Persekutuan Karate Malaysia; YBrs. Encik Mohamad Nizam bin Abu Talib, Pengurus Kompleks MSN Saujana Asahan; YBrs. Encik Muhammad Fakrurrazzi bin Basrah, Pengurus Sukan Karate Cawangan Bakat MSN dan YDH. ASP Mohd Fuad bin Ali, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Daerah Jasin.Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Program Akademi Karate Malaysia
  • Tweet

What you can read next

Solat Jumaat di Masjid Al-Kauthar (Masjid Tua Nyalas), Asahan
kunjungan hormat
Kunjungan Hormat daripada Pihak Syarikat Studio Kembara Sdn. Bhd.
Majlis makan Malam
Majlis Makan Malam di Rumah Malaysia, Kedutaan Malaysia di Kemboja

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato' Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

    Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

    20 Ogos 2025 26 Safar 1447H TYT Tun Seri Setia ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP