ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Friday, 08 August 2025 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA’25)

Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA'25)
7 Ogos 2025
13 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA’25) anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang diadakan di Auditorium Masjid Al Azim Melaka.
Turut hadir YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajan Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBrs. Tuan Haji Azam bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia; YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka; YBrs. Encik Mustafa Kamal bin Mohd Nor, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Seri Dr Abdul Fattah bin Abdullah, Presiden ANGKASA.
Program ini diadakan adalah salah satu inisiatif oleh SKM Negeri Melaka untuk memberi kefahaman tentang peranan koperasi dalam meningkatkan sosio ekonomi kariah masjid dan surau melaluí aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh koperasi. Dalam masa sama juga, untuk menggalakkan lagí penubuhan koperasi kariah masjid di Negeri Melaka.
Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang mengadakan Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri.
Program ini berlangsung selama 1 hari yang melibatkan Anggota Lembaga Koperasi Kariah Masjid, Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Syarak.
Majlis perasmian KOKMA’25 ini turut diserikan dengan sesi pelancaran panduan Pendaftaran Koperasi Kariah Masjid dan Surau Negeri Melaka yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Turut berlangsung sesi penyerahan cek Bantuan Pembangunan Ekonomi Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka (E-Komas) sebanyak RM100,000.00 daripada pihak Kerajaan Negeri Melaka ke pihak SKM Negeri Melaka bagi membantu koperasi kariah masjid untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam melaksanakan aktiviti perniagaan terutama Baraqah Hub. Kini sebanyak 13 koperasi kariah masjid telah menerima manfaat tersebut.
Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka Berhad (KOGMAS) turut menyerahkan wang zakat perniagaan sebanyak RM3,000.00.Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA'25) Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA'25) Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Perasmian Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 (KOKMA'25)
  • Tweet

What you can read next

Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-51
Majlis Penamat dan Penyampaian Hadiah Petronas Le Tour De Langkawi Malaysia 2024 Peringkat Ke-5
Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-39
Majlis Anugerah Sukan Negeri Melaka Ke-39
Kunjungan Hormat
Kunjungan Hormat daripada Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan & Budaya Negeri Johor

Recent Posts

  • Majlis Houl dan Khatam Al-Quran Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam di Bukit Pegoh, Melaka

    Majlis Houl dan Khatam Al-Quran Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam di Bukit Pegoh, Melaka

    17 Januari 2026 27 Rejab 1447H TYT Tun Seri Set...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP