
23 Ogos 2025
29 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Penyerahan Kek Sempena Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-76 daripada Jabatan-Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri Melaka, pihak Korporat dan Persendirian di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan berkesempatan menerima dan beramah mesra bersama tetamu yang hadir. TYT Tun Seri Setia juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan tanda ingatan sempena Hari Jadi TYT Tun Seri Setia yang ke-76.
YB. Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka turut hadir menyerahkan kek Hari Jadi TYT Tun Seri Setia yang ke-76.



