ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Tuesday, 26 August 2025 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka

stiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka
24 Ogos 2025
30 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Dalam ucaptama TYT Tun Seri Setia menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka pimpinan YAB Ketua Menteri Melaka di atas penganugerahan The Asia HRD Awards 2025 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat) dan kejayaan Negeri Melaka melakar lebih daripada 100 inisiatif sehingga kini. Semoga hal ini akan membawa Negeri Melaka terus melangkah dengan penuh keyakinan menuju masa depan yang lebih cemerlang.
Turut ditegaskan bahawa kita haruslah mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi perkauman. Walaupun rakyat diberi kebebasan bersuara, janganlah kebebasan itu disalahgunakan dengan menimbulkan isu-isu sensitif dan kontroversi yang boleh meretakkan tali persaudaraan dan merosakkan semangat muhibah sesama kita.
Juga berharap agar penilaian indikator pembangunan, pelaksanaan projek serta program melalui pelan strategik Melaka Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) yang telah dirangka dapat direalisasikan mengikut sasaran yang ditetapkan dan dalam tempoh masa yang dirancang serta perlulah sentiasa mengutamakan kepentingan serta keperluan rakyat.
TYT Tun Seri Setia menzahirkan rasa bangga apabila Melaka mencipta sejarah baharu iaitu menjadi tuan rumah kepada Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 September 2025 ini serta berharap agar semua pihak dalam pentadbiran negeri dapat memastikan setiap urusan persiapan dilakukan dengan penuh kesungguhan dan bertanggungjawab.
Dalam memperkasakan sektor pertanian TYT Tun Seri Setia memyokong penuh cadangan mewujudkan jelapang padi selatan yang akan menggabungkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Inisiatif ini amat penting bagi memastikan bekalan padi negara sentiasa mencukupi, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada import beras dari luar.
TYT Tun Seri Setia menyeru agar sektor pertanian Negeri Melaka terus diperkukuh melalui pendekatan moden seperti Pertanian Pintar (Smart Farming), penggunaan teknologi digital, dron dan IOT serta penerapan amalan pertanian mampan bagi meningkatkan hasil dengan cara yang lebih efisien dan mesra alam.
Selain itu, penglibatan golongan belia dan graduan muda ke dalam bidang agropreneur juga perlu digiatkan supaya pertanian menjadi kerjaya pilihan yang bernilai tinggi. Sokongan melalui latihan, pembiayaan dan insentif mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi baharu kepada anak-anak Melaka.
Sebelum mengakhiri ucapan TYT Tun Seri Setia merakamkan ucapan takziah kepada waris dan ahli keluarga adik Zara Qairina binti Mahathir yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Julai 2025 lalu yang dikaitkan dengan insiden buli di asrama sekolah.
Dalam melaksanakan kempen anti buli secara menyeluruh bagi membendung gejala buli ini sejak di peringkat sekolah rendah lagi seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, TYT Tun Seri Setia mencadangkan agar dimasukkan satu program anti buli berasaskan pendidikan dan pertandingan bertajuk ’’Kesopanan dan Kesusilaan’’ seperti yang termaktub dalam prinsip rukun negara yang kelima, bermula dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi serta pusat-pusat latihan samada awam atau swasta bagi menyemai nilai-nilai akhlak yang mulia.stiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka stiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka stiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka
  • Tweet

What you can read next

aktiviti tyt
Kunjungan Hormat Pengurus Besar TM Melaka
Kunjungan Hormat
Kujungan Hormat daripada Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri
Kunjungan Hormat
Kunjungan Hormat Pengerusi Perbadanan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)

Recent Posts

  • perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    Perjumpaan bersama TYT Dato’ Seri Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa

    26 Ogos 2025 2 Rabiulawal 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP