
19 September 2025
26 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2025) yang berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
MIHAS 2025 merupakan edisi ke-20 yang berlangsung daripada 17 hingga 20 September 2025 ini telah mencipta peluang untuk perniagaan Halal antarabangsa dan pengeksport dengan 2028 gerai pameran daripada 66 buah negara.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat reruai-reruai pameran dan pavilion negeri-negeri antaranya Pavilion Negeri Melaka, Negeri Johor, Negeri Pahang, Negeri Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Negeri Perak.
Turut berlangsung Majlis Pertukaran MOU di antara Sada Holdings, Saudi & Zurif & Sons Sdn. Bhd. dan Muslim Watch Malaysia.



