
24 September 2025
2 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengiringi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim yang berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Container AKMAL Challenge (CoACh) dan Pelancaran Buku Wira Wirawati Kastam, di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka
Container AKMAL Challenge (CoACh) merupakan satu inovasi latihan berkonsepkan cabaran fizikal dan mental yang dirangka dalam bentuk simulasi. Ia bukan sekadar medan untuk menguji kecergasan semata-mata, tetapi juga ruang pembentukan karakter, daya tahan mental, kepimpinan serta kerja berpasukan.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan; dan Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, serta seluruh kerabat diraja, sentiasa mendapat perlindungan dari Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat dan nikmat kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.



