
25 September 2025
3 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Executive Committee World Karate Federation (WKF) dan 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF) mendengar taklimat akhir WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship dan lawatan tapak kejohanan di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan.
Taklimat serta penerangan berkenaan kejohanan ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Manakala taklimat keselamatan telah disampaikan oleh YDH. Datuk Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan.
Kejohanan WKF Karate 1 – Series A 2025 ini akan berlangsung daripada 3 – 5 Oktober 2025 yang akan disertai oleh lebih 1000 atlet daripada lebih 80 negara bertanding merebut gelaran juara dunia.



