
اِنَّالِلَّهِ وَاِنَّآإِلَيْهِ رَٰجِعُوْنَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.
25 September 2025
3 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham PPj. Kehormat (PA) Dato’ (Dr) Haji Muhammad Chan bin Abdullah, pengasas Restoran Mohd Chan yang telah kembali ke Rahmatullah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia melihat pengembumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 2.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan takziah kepada ahli keluarga di atas kehilangan orang yang tersayang dan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.



