
26 September 2025
4 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ubudiah Ramuan China Kechil, Lubok China dan menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak serta warga emas.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Penghayatan Kalam Ilahi Peringkat DUN Ayer Limau Daerah Alor Gajah Tahun 2025 yang diadakan di perkarangan Masjid Al Wakil, Lubok China, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Hafazan, Bercerita Kisah Dalam Al-Quran, Azan Subuh, Tulisan Khat, Tilawah, Hafazan Doa Harian dan Mewarna serta sumbangan kepada murid-murid yang mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan pelajar-pelajar yang DUN Ayer Limau yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Turut hadir YB. Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).



