
DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU
12 Oktober 2025
20 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Santapan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-82 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin lbni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, mencemar duli berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama DYMM Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis. Berangkat sama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersama DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.
Turut berangkat YAM Tengku-Tengku Bergelar, Putera-Puteri dan Kerabat-Kerabat Diraja serta YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis dan isteri, YABhg. Puan Najwa binti Osman.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku kekal bersemayam di bawah pemeliharaan Rabbul Jalil hendakNya. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, serta seluruh kerabat diRaja sentiasa dibawah perlindungan daripada Allah Subhanahuwataala, sihat wal’afiat serta dilimpahi rahmat, taufik, inayah, kesejahteraan, keimanan dan keberkatan.



