
13 Oktober 2025
21 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Ladang Buah Tin AKE Benefigs bersama Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Kampung Tersusun DMDI, Selandar, Melaka.
Hadir sama YBhg. Dato’ Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi Yayasan DMDI; YBhg. Datuk Rahizi bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin.
Ladang Buah Tin AKE Benefigs Jasin ini merupakan ladang buah tin yang pertama di Melaka yang berkeluasan seluas 5 ekar ini baru sahaja diusahakan bermula dari bulan Mei yang lalu tapi telah berjaya mengeluarkan hasil dengan jayanya.
Yang menariknya orang ramai boleh datang ke ladang ini dan memetik sendiri buah di pokok serta terus menikmatinya.
Setelah selesai majlis TYT Tun Seri Setia bersama YBhg. Dato’ Wira Haji Mahfuz bin Haji Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang melawat sekitar Kampung Tersusun DMDI dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah.



