
19 Oktober 2025
26 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir meraikan Majlis Rumah Terbuka Deepavali YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Turut hadir YB Tuan Kerk Chee Yee, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri dan YB. Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkunjung ke rumah terbuka Deepavali Encik Boovenswaran Munusamy, Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat kepada YAB Ketua Menteri Melaka yang turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Hajah Kalsom Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut berkunjung ke rumah terbuka Deepavali YBhg. Datuk R. Perumal, Mantan Exco Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Tan Sri Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Mantan Menteri Kesihatan Malaysia serta En Anbananthan Ayasamy dan Mr. Raja.



