22 Oktober 2025
30 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke International Aero Training Academy (IATAC) di Batu Berendam, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut merasai pengalaman penerbangan selama 45 minit yang melalui Pulau Besar, Masjid Selat Melaka, Menara Taming Sari, Koridor Sungai Melaka, Jonker Street dan Dutch Square.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia diberikan taklimat dan pengenalan Akademi serta lawatan ke Fasiliti International Aero Training Academy antaranya simulator dan bilik latihan.





