ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Thursday, 20 November 2025 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Lawatan ke Brunel University London

Lawatan ke Brunel University London
18 November 2025
27 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Brunel University London sekaligus menyaksikan pertukaran MoU diantara UTeM dengan Brunel University London.
Ketibaan TYT Tun Seri dan YABhg. Toh Puan bersama delegasi UTeM disambut Profesor Andrew Jones, Naib Canselor dan Presiden Brunel University London dan pengurusan tertinggi universiti iaitu Profesor Trevor Hoey, Naib Canselor Pro (Antarabangsa dan Kelestarian); Dr Philip Collins, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), Kolej Kejuruteraan, Reka Bentuk dan Sains Fizikal; Profesor Thanos Megaritis, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa; Profesor Kate Hone, Ketua Jabatan Sains Komputer serta Dr Busayawan Lam, Ketua Sekolah Reka Bentuk Brunel.
Pertukaran dokumen ini bukan sahaja menandakan pemeteraian MoU, tetapi komitmen bersama terhadap kerjasama masa depan dan perkongsian yang memberi impak.
Majlis hari ini menandakan peristiwa penting dalam hubungan yang semakin meningkat antara kedua-dua institusi.
MoU ini berlandaskan empat tonggak utama yang mewakili keutamaan strategik kedua-dua UTeM dan Brunel University London iaitu salah satu aspek yang paling menjanjikan daripada kerjasama ini ialah penubuhan Kilang Reka Bentuk dan Pembuatan Pintar (SDMF) di UTeM dengan kepakaran kukuh Brunel dalam kejuruteraan, reka bentuk dan kecemerlangan penyelidikan, kami berharap dapat meningkatkan inisiatif ini kepada piawaian inovasi dan keupayaan antarabangsa.
MoU ini juga membuka jalan kepada pertukaran akademik yang dinamik. Peluang untuk mobiliti kakitangan, program mobiliti pelajar, dan pengajaran kolaboratif akan memperkayakan persekitaran pembelajaran dan meningkatkan pendedahan global untuk kedua-dua institusi serta meneruskan projek penyelidikan bersama, bekerjasama dalam permohonan geran kompetitif, dan menyumbang penyelesaian inovatif kepada cabaran kejuruteraan dan teknologi global hari ini.
Lawatan ke Brunel University London Lawatan ke Brunel University London Lawatan ke Brunel University London
  • Tweet

What you can read next

majlis perasmian Masjid Al-Muttaqin, Tedong, Merlimau
Majlis Perasmian Masjid Al-Muttaqin, Tedong, Merlimau
TYT Melaka Bersalaman dengan seorang ADUN
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Seri Ab Rauf Md Yusoh, ADUN Tanjung Bidara
pidatoakhir
Pertandingan Akhir Pertandingan Pidato Rukun Negara

Recent Posts

  • Lawatan ke Malaysia Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB) di Melaka Energy Park, Sungai Udang

    Lawatan ke Malaysia Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB) di Melaka Energy Park, Sungai Udang

    11 November 2025 19 Jamaldilawal 1447H TYT Tun ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP