ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Monday, 01 December 2025 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL

Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hadir menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pro Canselor UNIMEL; YB Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YB Datuk Khairil Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka; YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL; Sahibus Samahah Prof. Adjung Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UNIMEL; Naib-naib Canselor; Wakil-Wakil Universiti; Pegawai-pegawai Kanan Universiti, Ahli Senat, serta Wakil Industri.
Turut berlangsung Pemasyhuran YAB Ketua Menteri Melaka sebagai Pro Canselor Universiti Islam Melaka.
Dalam ucapan konvokesyen kali ini, TYT Tun Seri Setia berkata bahawa kepimpinan berwibawa perlu diperkukuh oleh setiap Graduan UNIMEL. Kepimpinan yang bukan sekadar meliputi kemampuan membuat keputusan atau mengurus pasukan, tetapi merangkumi nilai amanah, etika, keberanian moral, serta keupayaan memimpin perubahan secara berhemah dan bertanggungjawab.
Graduan UNIMEL mestilah menjadi pemimpin yang mampu memastikan kemajuan digital tidak mengabaikan nilai kemanusiaan; membina budaya hormat, menghargai perbezaan, dan menegakkan maruah semua individu; menilai dan mentafsir data serta maklumat secara kritis dan berintegriti; dan menerajui inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada penerima Anugerah Akademik iaitu Nur Asyura binti Abd Aziz Shahrifuaddin, Anugerah Canselor; Ahmad Afiq bin Hamdan, Anugerah Ketua Menteri; Fatimah Az’zahrah binti Fakrul Azman, Anugerah Naib Canselor dan Hadiah Pingat Emas; Zhang Kai, Hadiah Munsyi Abdullah; Noor Rabiah binti Herman, Hadiah Pingat Emas; Nor Alia Damia binti Mohd Faizal, Hadiah Alumni; Abdul Monir bin Yaacob, Hadiah Buku; Najib bin Taib, Hadiah Buku; Nur Khadijah binti Ahmad, Hadiah Buku dan Nur Hanis Syakirah binti Mohd Nor, Hadiah Buku.
Di akhir kata, TYT Tun Seri Setia merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada lima ratus lima puluh satu (551) graduan yang menerima ijazah dan diploma pada sidang pertama pagi ini dan seribu enam puluh lapan (1,068) graduan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Melaka kali ke-27 ini serta mendoakan para graduan melangkah ke destinasi kejayaan dengan penuh keyakinan dan keazaman.
Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL
  • Tweet

What you can read next

Majlis Bacaan Yasin dan Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2020
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib bersama Masyarakat DUN Ayer Limau di Masjid Raudhatul Solihin, Kampung Ayer Limau
Sesi perbincangan bersama Yunnan Aviation Industry Investment Group (YAG)
Sesi perbincangan bersama Yunnan Aviation Industry Investment Group (YAG)

Recent Posts

  • Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun

    Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun

    29 November 2025 8 Jamaldilakhir 1447H TYT Tun ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP