3 Disember 2025
12 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan di Kampung Warna Warni Perlis.
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyertai lawatan ini.
Turut hadir YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis; YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Exco Pelancongan, Seni Budaya dan Pembangunan Luar Bandar serta YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Acara yang bermula daripada Dataran Semarak, Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis, delegasi dibawa menaiki choley ke Pantai Pulau Ketam bagi melihat susana matahari terbenam. Kemudiaanya melintasi Kampung Hujung Tanjung, Laman Bunga Kertas, Laman Laksa, Dataran Putra, Jambatan Tuanku Syed Putra, Anjung Persinggahan Raja, melintasi Rumah Penghulu Omar dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Lama Kampung Seberang Ramai.
Usai selesai solat lawaran diteruskan di Laman Bunga Raya bagi menikmati Laksa Perlis dan melihat Galeri Laman Bunga Raya.




