7 Disember 2025
15 Jamadilakhir 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Hi-Tea Sempena Sambutan Jubli Perak National Autism Society of Malaysia (NASOM) Melaka di Chan Mari Chan Muhibah Bistro.
Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun penubuhan NASOM Melaka ini diadakan bagi meraikan dan menghargai tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa dan memberikan banyak sumbangan serta sokongan sejak awal penubuhan NASOM Melaka sehingga kini.
Pihak NASOM Melaka telah menganugerahkan Anugerah Khas Tokoh Srikandi Inspirasi kepada YABhg. Toh Puan di atas segala sumbangan dan sokongan yang telah diberikan.
Turut hadir YB. Datuk Hajah Kalsom Binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka; YBhg. Datin Wira Rushaslinda Binti Muhammad, Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka merangkap Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Melaka; YBhg. Datin Diana Aini Binti Mokter, Isteri Ketua Polis Melaka merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Melaka; YBrs. Encik Julian Wong, Pengerusi NASOM Malaysia; YBrs. Dr. Hashimah binti Hasan, Pengasas dan Penasihat NASOM Melaka; YBrs. Dr. Mazidah binti Said, Pengerusi NASOM Melaka; YBrs. Puan Siti Mariyam binti Mohd Yasin, Pengurus Besar NASOM Malaysia dan YBhg. Datuk Datin Nor Haya binti Sulaiman, Timbalan Pengerusi 3 Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO) merangkap Pengarah Korporat NASOM Melaka.




