20 Disember 2025
25 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2025 di Banda Hilir, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Senator Dato’ Awang Bemee Bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara; YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat; YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB. Datuk Wira Azhar Bin Haji Arshad; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Speaker-speaker serta YB Timbalan-timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri di Malaysia; Delegasi Negeri-negeri dan Ketua-ketua Jabatan Negeri.
Persidangan pada tahun ini bertemakan ‘Wakil Rakyat Untuk Rakyat: Cerminan Kepimpinan Legistalif’ selama empat (4) hari bermula 19 hingga 22 Disember 2025. Persidangan ini merupakan medium bagi institusi legislatif negara dan negeri untuk menambahbaik tatakelola berpandu kepada prinsip perlembagaan yang luhur dan kematangan landskap demokrasi negara.




