24 Januari 2026
5 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/2026M yang diadakan di Auditorium Al-Azim, Kompleks Al-Azim, Melaka.
Hadir sama YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Sebanyak lapan (
kategori dipertandingkan tahun ini antaranya Tilawah Al-Quran Kategori Lelaki & Perempuan; Hafazan Al-Quran (1-10 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan; Hafazan Al-Quran (1-20 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan dan Hafazan Al-Quran (1-30 Juzuk) Kategori Lelaki & Perempuan.
Alhamdulillah pada tahun ini, seramai 46 peserta mengambil bahagian merangkumi 21 peserta dalam kategori tilawah Al-Quran dan 25 peserta dalam kategori hafazan Al-Quran.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang bagi semua kategori serta semua yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan pada tahun ini.
Semoga penganjuran majlis ini mampu menghidupkan lagi budaya membaca Al-Quran di samping menzahirkan keindahan dan ketertiban bahasa kitab suci itu menerusi bacaan yang bertertib serta berlagu.




