24 Januari 2026
5 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Perkahwinan YBrs. Dr. Mohd Mukhyuddin Sarwani (76 tahun), Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan pasangannya Cik Norbee Abdul Hamid (68 tahun) yang berlangsung di Damansara, Kuala Lumpur.
Majlis turut dihadiri YB. Tan Sri Dato’ Dr Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan His Excellency Dr. Mohamed Waheed Hassan, mantan President of Maldives.
TYT Tun Seri Setia mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru serta turut mendoakan agar pasangan Raja Sehari sihat wal’afiat dan kekal bahagia.




