27 Januari 2026
8 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Hi-Tea sempena Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara; YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YB Datuk Ngwe Hee Sem, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak.
Turut hadir YAM Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang Amat Mulia Tengku Syarif Temenggong Perlis.
Majlis ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada jawatankuasa-jawatankuasa dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.
Pertandingan ini juga merupakan tahun ke-6 dianjurkan semenjak tahun 2020 yang telah melibatkan seramai 18,456 penyertaan daripada seluruh Malaysia serta pertandingan ini juga merupakan hasrat TYT Tun Seri Setia dalam meningkatkan perpaduan demi kejayaan dan kestabilan rakyat.




