3 Februari 2026
15 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman mengadakan perjumpaan Bersama YBhg. Prof. Datuk Dr. Hasbi bin Abu Bakar, Presiden Jamiyah Singapura di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia bersama-sama tetamu berkesempatan berkunjung ke CEB Cafe Kedai Buku Sejarah Dunia di Jalan Bendahara, Melaka.




