26 Februari 2026
8 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Tarawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil.
Usai selesai TYT Tun Seri Setia memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Haji Baba bin Husin yang telah kembali ke Rahmatullah di kediamannya di Kampung Baru, Bukit Katil.
TYT Tun Seri Setia turut bersama membaca yasin di kediaman Allahyarham dan menunaikan Solat Jenazah di Masjid Lama Bukit Bayan serta berkesempatan melihat pengebumian Allahyarham.
Semoga roh Allahyarham Haji Baba bin Husin dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.




