27 Februari 2026
9 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar-Rahmah Kampung Panchor, Durian Tunggal, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada masjid dan kepada Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Ainussyukriyyah.
Usai selesai TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang merupakan Setiausaha Politik semasa TYT Tun Seri Setia menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Encik Fauzi Abu Bakar serta YBhg. Datuk Haji Yunus bin Hitam yang sedang menerima rawatan di Hospital Putra.




