ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Friday, 13 March 2026 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Majlis Tilawah A-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) Kali ke-16

Majlis Tilawah A-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) Kali ke-16
5 Mac 2026
15 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia lslam (DMDI) hadir menyempurnakan perasmian Majlis Tilawah A-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) Kali ke-16 Tahun 1447H/2026M yang berlansung di Masjid As-Salimin, Jalan Kandang/Bukit Lintang, Melaka.
Hadir sama YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Merangkap Timbalan Pengerusi MAIM; YBrs. Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha MAIM; YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM); YBhg. Prof. Datuk Dr. Haji Mohd Hasbi bin Abu Bakar, Naib Presiden DMDI merangkap Presiden Jamiyah Singapura; YTH Datuk Said Aldi Al Idrus, Naib Presiden DMDI merangkap Ketua Umum DMDI Indonesia; YTH Mr. Nos Sles, Setiausaha Negara Kementerian Pendidikan Kemboja merangkap Naib Pengerusi DMDI Kemboja; YBhg. Datuk Seri Haji Rusli Zainal, Dewan Penasihat DMDI Indonesia dan mantan Gabenor Riau; YBhg. Prof Emeritius Datuk Wira Dr. Haji Mohd Jamil bin Mukmin, Naib Pengerusi DMDI; YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi Yayasan DMDI; YTH Bapak Dr. Haji Maulana, Wali Kota Jambi serta YBrs Encik Abdul Malek bin Hussin, Pengerusi Jawatankuasa Masjid As-Salimin.
Semasa ucapan perasmian TYT Tun Seri Setia mengucapkan selamat datang kepada para peserta tilawah dari negeri-negeri di Malaysia, Provinsi Indonesia, Thailand, China, Sri Lanka, Kemboja dan Singapura serta barisan jemaah Hakim ke Negeri Melaka.
Penganjuran Majlis Tilawah ini bukan sekadar untuk memperdengarkan kemerduan suara para Qari dan Qariah, tetapi untuk menghayati mesej dan hikmah yang terkandung dalam ayat-ayat suci tersebut.
TYT Tun Seri Setia turut menyeru kepada semua peserta agar bertandinglah dengan penuh adab dan keikhlasan. Jadikanlah pentas ini bukan sekadar medan pertandingan untuk mencari johan, tetapi sebagai wasilah untuk mengeratkan ukhuwah, membina persahabatan merentasi sempadan negara, dan menyatukan hati-hati kita dalam cinta kepada Al-Quran.
Alhamdulillah penganjuran kali ini menghimpunkan lebih 500 peserta dan tetamu dari negara-negara anggota DMDI serta masyarakat setempat. Seramai 75 orang peserta telah mengambil bahagian dalam Majlis Tilawah Al-Quran DMDI pada kali ini.
Majlis Tilawah A-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) Kali ke-16 Majlis Tilawah A-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) Kali ke-16 Majlis Tilawah A-Quran Antarabangsa DMDI bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM) Kali ke-16
  • Tweet

What you can read next

Perasmian Konvensyen Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Jamuan Hari Raya Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka
Majlis Perasmian
Majlis Malam Gala Magic Of The Night 2022

Recent Posts

  • Kunjungan Hormat daripada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA di Istana Melaka, Bukit Beruang

    Kunjungan Hormat daripada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA di Istana Melaka, Bukit Beruang

    12 Mac 2026 22 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP