13 Mac 2026
23 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengakhiri Program Ziarah Kasih kepada isteri mantan-mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Melaka di sekitar Daerah Melaka Tengah.
Antara mereka yang disantuni YABhg. Toh Puan termasuklah YBhg. Puan Sri Halijah Binti Aji di Tanjung Kling, YBhg. Datin Rohaya Binti Bachik di Bertam, YBhg. Datin Rohani Binti Jantan di Bukit Rambai, YBhg. Datin Wira Che Ba Binti Maarop di Kampung Padang, YBhg. Datin Rozana di Padang Temu, YBhg. Datin Wira Kalthom Binti Hj. Hussin di Ayer Molek, YBhg. Datin Maimon Binti Sepet di Bukit Katil, YBhg. Datin kalsom Binti Aziz di Ozana Villa, Bukit Katil, dan YBhg. Datin Wira Faridah Binti Jaafar di Ayer Keroh.
YABhg. Toh Puan juga berkesempatan melawat YBhg. Datin Wira Zunaidah Binti Md Jani di Kuala Sg. Baru isteri kepada YB.Datuk Wira Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.




