13 Mac 2026
23 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Iftar Ramadan PDRM Melaka sempena Sambutan Hari Polis ke-219 Tahun 2026 yang diadakan di Ibu Pejabat Kontijen Melaka, Bukit Beruang.
Majlis turut dihadiri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri dan YDH DCP Dato’ Zulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.




