16 Mac 2026
26 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Iftar Perdana 1447H bersama TYT Duta-Duta Arab anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Selangor dan Wilayah yang diadakan di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Majlis turut dihadiri YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tengku Laksamana Selangor.
Antara Duta-Duta Arab yang hadir ialah TYT Dr. Adel Mohamed Ali BA Hamid, Duta Besar Republik Yaman ke Malaysia; TYT Dr. Waleed Khalifa Al Manea, Duta Besar Kerajaan Bahrain ke Malaysia; TYT Dr. Ismael Maddallah Suliman Maaytah, Duta Besar Kerajaan Hashimiyyah Jordan ke Malaysia; TYT Mohamed Assadiq Masaud Attia, Duta Besar Negara Libya ke Malaysia; TYT Ali Mohamed Abukar, Duta Besar Republik Persekutuan Somalia ke Malaysia; TYT Sayyid Ahsan Raza Shah, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia; TYT Manjurul Karim Khan Chowdhury, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia; TYT Hassan Abdelsalam Omer, Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia dan TYT Maher Kheir, Duta Besar Lubnan ke Malaysia.





