17 Mac 2026
27 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa anjuran YBhg. Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, Setiausaha Khas kepada TYT Tun Seri Setia di Ujong Pasir, Melaka.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa ringkas dan Solat Maghrib di Surau Batu, Ujong Pasir.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Surau AGIBS, Bukit Katil.
Lebih istimewa sebelum menunaikan Solat Isyak, TYT Tun Seri Setia menyempurnakan pengislaman saudara Zaimizam bin Kamil yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawel, mantan Mufti Negeri Melaka disaksikan oleh YBrs. Encik Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta jemaah yang hadir.




