17 Mac 2026
27 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Program Ziarah Kasih ke Mantan Speaker dan Mantan-Mantan ADUN Negeri Melaka sekitar Daerah Jasin dan Melaka Tengah.
Antara yang disantuni YBhg. Datuk Wira Yaakob Bin Md Amin di Bukit Rambai, YBhg. Datuk Seri Hj. Md Yunos Bin Husin di Kampung Ayer Molek, YBhg. Datuk Wira Hj Othman Bin Muhamad di Taman Air Molek, YBhg. Datuk Md Sirat Bin Abu di Taman Merbok, Bukit Katil, YBhg. Datuk Yunus Hitam di Bukit Pulau, Bukit Katil, YBhg. Datin Norsiah di Bemban, Jasin, dan YBhg. Datuk Saadon Bin Basiron di Melaka Perdana Resort Homes.
YABhg. Toh Puan juga berkesempatan melawat YBhg. Datin Normah Bin Abu yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.




