29 Mac 2026
9 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri merangkap ADUN Taboh Naning.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali, mantan Ketua Menteri Melaka ke-12 merangkap ADUN Lendu.




