31 Mac 2026
11 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Kerja Raya Melaka (JKR) Tahun 2026.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan YBrs. Tuan Ir. Mohamad Salzeli bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.




