4 April 2026
15 Syawal 1447H
Dalam kesibukan dengan sambutan Aidilfitri, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka meluangkan masa menziarahi kenalan-kenalan lama yang sedang menerima rawatan di hospital iaitu Encik Ab Jalil bin Bakar di Hospital Putra dan Encik Johar bin Ismail di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menziarahi dan memberi sumbangan kepada semua pesakit yang sedang menerima rawatan di Wad D4, Hospital Melaka dan mendoakan agar semua pesakit diberikan kesembuhan dan dipermudahkan semua urusan.
Dalam kesempatan itu juga, TYT Tun Seri Setia meraikan kakitangan-kakitangan yang bertugas dengan memberikan sumbangan duit raya.




