7 April 2026
18 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mendengar taklimat daripada Jawatankuasa Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, yang telah disampaikan YB Datuk Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia & Perpaduan serta Jawatankuasa Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2026 ini merupakan penganjuran kali ke-6 yang akan diadakan pada tahun ini.




