8 April 2026
19 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Tuminah binti Kadi @ Mohd Hashim, ADUN Pantai Kundor yang diadakan di Arena Petanque Hang Jebat Melaka, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB Datuk Wira Lim Ban Hong, ADUN Klebang di Dewan Masjid Al Aminin, Batang Tiga, Klebang.




