10 April 2026
21 Syawal 1447H
Innalillahiwainnailaihiroji’un
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jenazah bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Nurdina Husna binti Ahmad Sazali, anak kepada YBhg. Datuk Haji Ahmad Sazali bin Omar, mantan Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka di Masjid Al-Ibadah, Bukit Piatu, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menzahirkan ucapan takziah dan berdoa semoga keluarga tabah menghadapi dugaan ini.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi kenalan-kenalan lama antaranya YBhg. Datuk Nazari Adzim; Haji Md Derus dan Ustaz Haji Abu Bakar.




