19 April 2026
1 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 2026 anjuran Kumpulan Syarikat Kuala Linggi International Port (KLIP).
Majlis turut dihadiri YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 merangkap Pengerusi KLIP dan YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.




