25 April 2026
7 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Perasmian Program Larian Amal ”MHS Run 200 Years of Glory” Bersempena 200 Tahun Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka di Banda Hilir, Melaka.
Larian amal yang sejauh 5km melalui sekitar Bandar Melaka ini turut disertai oleh pelajar-pelajar SMK Tinggi Melaka dan para guru sekolah.
TYT Tun Seri Setia yang merupakan bekas pelajar di sekolah ini turut berkesempatan melawat sekitar kawasan sekolah dan asrama serta bilik guru.




