8 April 2026
19 Syawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir ke Acara Pembukaan Program Malaysia–Uzbekistan Edu-Cultural Day @UTeM yang bertemakan “Exploring the Silk Road of Knowledge: Edu-Cultural UTeM – Uzbekistan Day” yang diadakan di Dewan Auditorium Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri, UTeM.
Program ini bertujuan memperkukuh hubungan akademik dan budaya antara Malaysia dan Uzbekistan, di samping menyediakan platform pertukaran ilmu, pengalaman serta jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan, teknologi dan inovasi.
Turut hadir TYT Karomidin Gadoev, Duta Besar Uzbekistan Ke Malaysia; YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; Prof. Siddikova Sadokat Gaffarovna, Rektor Bukhara State Technical University; YBhg. Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah serta Naib Canselor-Naib Canselor serta Timbalan Naib Canselor-Timbalan Naib Canselor daripada Malaysia dan Uzbeskistan.




